JAKARTA: Malaysia menjadi negara Islam paling damai di dunia, mengatasi beberapa negara lain termasuk Indonesia dan Arab Saudi.
Republika melaporkan, Indeks
Kedamaian Global 2020 yang dikeluarkan oleh Institut Ekonomi dan Kedamaian
(IEP) menunjukkan Malaysia berada di kedudukan 20 dalam senarai tetapi menjadi
negara Islam paling damai.
Indonesia pula berada
pada kedudukan 49 mengatasi Arab Saudi di tangga 128.
Tahap kedamaian global
tahun ini dinilai berdasarkan 23 petunjuk yang dihimpun dalam tiga kategori
iaitu keselamatan dan keamanan penduduk, tahap konflik domestik dan
antarabangsa serta status ketenteraan.
Iceland mendominasi
senarai negara paling damai di dunia tahun ini berdasarkan jumlah populasi yang
kecil iaitu sekitar 365,000 orang.
Negara tersebut juga
merekodkan kadar jenayah yang rendah, selain mempunyai sistem pendidikan,
pekerjaan, produktiviti dan kesejahteraan yang baik.
Sebanyak 97 peratus
penduduknya merupakan golongan pertengahan dan tidak mempunyai jurang ekonomi.
New Zealand pula berada
di kedudukan kedua dalam senarai dan berjaya mengekalkan kedudukan itu sejak
2017.
Dengan populasi kurang
4.9 juta, New Zealand mempunyai kadar penjagaan kesihatan terbaik dunia dan
menjadi pilihan kebanyakan pendatang untuk bermastautin.
Namun, kos hidup di
negara itu disifatkan tinggi termasuk harga rumah sehingga menyukarkan penduduk
yang berpendapatan rendah untuk membeli kediaman.
Masalah itu juga secara
tidak langsung mewujudkan jurang antara golongan kaya dan miskin.
Berikut adalah senarai 20
negara Islam paling damai di dunia:
1) Malaysia (20)
2) Qatar (27)
3) Kuwait (39)
4) Emiriah Arab Bersatu
(41)
5) Indonesia (49)
6) Oman (68)
7) Jordan (72)
8) Maghribi (83)
9) Bahrain (110)
10) Arab Saudi (128)
Dalam pada itu, Portugal
menjadi negara ketiga paling damai di dunia kerana mempunyai keseimbangan dalam
hampir kesemua sektor.
Portugal turut menjadi pilihan golongan ekpstariat untuk menikmati gaya hidup yang berkualiti.
– UTUSAN
Tapi malaysia bukan negara islam penuh pun...
ReplyDeleteThat is the reason they finance betting caves instead of schools or emergency clinics.Quran quotes
ReplyDelete