KOREA SELATAN: Empat daripada 10 penduduk Seoul percaya kesihatan mental mereka merosot disebabkan wabak COVID-19, lapor Agensi Berita Yonhap.
Dalam tinjauan
membabitkan 3,983 peserta dalam kalangan remaja sehingga mereka yang berusia 80
tahun, seramai 1,489 atau 40 peratus mengatakan kesihatan mental mereka semakin
merosot sejak wabak COVID-19 melanda awal tahun ini.
Selebihnya 60 peratus mengatakan terdapat sedikit perubahan dalam kesihatan mental mereka.
Tinjauan secara dalam
talian oleh kerajaan bandar raya Seoul itu dijalankan dari Julai hingga Ogos.
Menurut peserta tinjauan
antara sebab kemerosotan kesihatan mental kerana masalah ekonomi, kekurangan
masa lapang berikutan penjarakan sosial, tidak selesa memakai pelitup muka dan
kekangan untuk berhubung dengan anggota keluarga.
Seramai 892 peserta atau
25 peratus menyatakan COVID-19 mungkin memberi kesan terhadap kesihatan fizikal
mereka.
Antara perkara paling
sukar disebabkan COVID-19, 1,128 atau 32 peratus mengatakan pengurangan
aktiviti riadah dan berjalan-jalan, pengangguran atau hilang punca pendapatan
(24 peratus), penggunaan pengangkutan awam (12 peratus) dan membeli-belah atau
makan di luar (enam peratus).
Lebih separuh peserta (51
peratus) mendapati garis panduan penjarakan sosial menyebabkan sedikit ketidakselesaan
manakala 41 peratus lagi mengatakan ia perlu tetapi agak menyulitkan.
Sebaliknya, 30 peratus
lagi merasa terasing kerana penjarakan sosial.
-BERNAMA
No comments:
Post a Comment