Thursday 6 August 2020

Sentuh sensitiviti umat Islam, PDRM siasat lelaki dipercayai warga tempatan

Polis Diraja Malaysia menjalankan siasatan terhadap seorang lelaki yang disyaki berucap dengan mengeluarkan kata-kata kesat dan menyentuh sensitiviti umat Islam.

Timbalan Pengarah (Siasatan dan Perundangan) Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, DCP Mior Faridalathrash Wahid berkata siasatan di bawah Seksyen 3(1)(a) Akta Hasutan itu  dijalankan terhadap lelaki dipercayai warga tempatan itu kerana kecenderungannya menghasut bagi mencetuskan rasa benci dan penghinaan.


“Bagaimanapun, setakat ini Polis Diraja Malaysia (PDRM) tidak terima sebarang laporan polis berhubung kes ini (dan) dipercayai ucapan lelaki terbabit dibuat di luar negara,” katanya kepada Bernama semalam.

Dalam rakaman video berdurasi 11 minit 37 saat yang dimuat naik di laman YouTube itu, memaparkan lelaki berkenaan berdiri di hadapan sekumpulan umat Islam yang menunaikan solat dengan berkelakuan tidak sopan, baru-baru ini.


Lelaki itu dipercayai turut mengeluarkan kata-kata berbaur cacian terhadap agama Islam, penceramah bebas, Dr Zakir Naik dan Raja-Raja di Malaysia.


Video berkenaan telah mendapat lebih 5,000 tontonan sejak dimuat naik tiga hari lepas dan menerima pelbagai kecaman daripada netizen dan berharap tindakan undang-undang dikenakan terhadapnya. ― Bernama

No comments:

Post a Comment