Wednesday 5 August 2020

Letupan besar gegar kota Beirut, jumlah kematian dikhuatiri meningkat #PrayforBeirut

Satu letupan kuat mengegarkan ibu kota Beirut mengakibatkan sekurang-kurangnya 50 maut sementara lebih 2,750 yang lain cedera.

Memetik laporan portal berita The Guardian, letupan di pelabuhan bandar berkenaan dipercayai berpunca daripada bahan kimia ammonium nitrat.


Menerusi rakaman video dikongsi orang ramai di media sosial, letupan turut menyebabkan kerosakan teruk harta benda awam dengan kebanyakan bangunan dan kenderaan musnah.

Pihak berkuasa Lubnan menjangkakan jumlah kematian akan terus meningkat di sebalik kekangan bantuan perubatan memandangkan fasiliti hospital turut terjejas akibat letupan tersebut.


Setakat ini, beberapa negara menyatakan kesediaan untuk menghulurkan bantuan perubatan antaranya Turki, Perancis, Sepanyol dan Israel.


Punca kejadian masih dalam siasatan pihak berkuasa.





































No comments:

Post a Comment