Saturday 15 August 2020

#KotaMantaram Cekik Sampai Mati, Gantung Mayat Kekasih Seolah-olah Bunuh Diri

 

Seorang gadis berusia 23 tahun maut dicekik kekasih sebelum mayatnya digantung.TribunNews melaporkan, mangsa ditemui tergantung di ruang makan rumah suspek di Kota Mataram sekitar jam 4.30 petang pada 27 Julai lalu.Menurut laporan polis, kejadian berlaku pada 23 Julai apabila mangsa bertemu suspek, 22, di rumahnya sekitar jam 5 petang.

Difahamkan, berlaku perselisihan faham antara mereka selepas suspek meminta izin untuk ke Bali selama dua hari, tetapi tidak diizinkan kekasihnya.

Pertengkaran yang mula reda kembali hangat sebaik mangsa dihubungi keluarganya yang meminta dia pulang ke Janapria, Lombok Tengah.

Sepanjang perbalahan, suspek berkali-kali menyuruh mangsa mengikut permintaan ibu bapanya supaya pulang, namun tidak diendahkannya.

Malah, mangsa mengugut suspek dengan anak panah hingga mencetuskan kemarahan lelaki itu dan mendorong dia mencekik leher teman wanitanya hingga meninggal dunia.

Suspek kemudian keluar dari rumah itu melalui tingkap dan pergi ke daerah Jempong untuk membeli tali.

Sebaik pulang, dia mengikat tali pada ruang udara di ruang makan rumah berkenaan sebelum menggantung mayat kekasihnya supaya kelihatan seolah-olah mangsa membunuh diri.

Akibat perbuatannya itu, lelaki berkenaan berdepan hukuman penjara maksimum 15 tahun kerana melakukan pembunuhan dan penyeksaan. - CARI

No comments:

Post a Comment