Saturday 15 August 2020

#PantaiBersih 38 dikompaun di Bagan kerana ingkar PKP




 Seramai 37 lelaki dan seorang wanita yang melepak serta berkumpul di sekitar kawasan tepi laut termasuk jeti di Pantai Bersih, di sini dikenakan kompaun kerana ingkar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) dalam pemeriksaan yang dijalankan malam tadi.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara (SPU) ACP Noorzainy Mohd Noor, berkata semua individu itu dikompaun RM1,000 setiap seorang selepas pihaknya menjalankan pemeriksaan di tepi pantai di kawasan Pantai Bersih, bermula 10.30 malam selepas menerima maklumat berhubung kehadiran pengunjung yang ramai di situ dan tidak mematuhi SOP.

"Polis mendapati 37 lelaki dan seorang perempuan sedang berhimpun tanpa alasan munasabah di kawasan berkenaan dan tidak menjaga penjarakan fizikal malah ada yang tidak memakai pelitup muka.

"Mereka dikompaun RM1,000 setiap seorang," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Noorzainy berkata, polis menasihati masyarakat tidak mengambil mudah mengenai SOP dan berasa selesa dengan situasi penularan wabak COVID-19 ketika ini.

Sumber : BH Online 
 

No comments:

Post a Comment