Tuesday 4 August 2020

#covid19 Pelajar dikuarantian mengadu makanan tak sedap

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Subang Jaya Michelle Ng menggesa pihak hotel memperbaiki hidangan yang disediakan kepada individu yang menjalani kuarantin sejurus pulang dari luar negara.

Ini berikutan seorang pelajar warga Malaysia yang baru pulang dari Korea mengadu tidak berpuas hati dengan menu makananan yang disediakan pihak pengurusan.


Gadis terbabit yang juga penjawat awam sedang menjalani kuarantin sendiri di sebuah hotel di USJ, Subang Jaya di Selangor, berkongsi pengalamannya diberi makanan yang tidak sedap dan tidak menepati waktu.

Katanya lebih teruk semasa hari keempat, beliau diberi hidangan Nasi Lemak dengan nasi mentah serta sambal dan beberapa ulas buah sahaja.


“Bukan semua golongan Kayangan. Saya ke Seoul demi negara.


“Saya dilayan dengan baik semasa tiba di lapangan terbang. Di hotel, tempat yang sepatutnya rakyat Malaysia menunjukkan layanan yang baik, sebaliknya membuatkan saya menangis,” catat zierali di Twitter.



Perkongsiannya semalam menarik perhatian Michelle yang kemudian menghubungi pengurusan hotel dan meminta mereka memperbaiki kelemahan itu.

“Sebagai Adun Subang Jaya, saya berasa malu. Saya menghubungi pengurusan dan meminta mereka menambah baik hidangan,” catat Michell.

Tidak berapa lama kemudian, Ziera dalam Twitter sama berkata masalah itu diatasi dan mendapat hidangan yang lengkap.

Hantarannya dikongsi lebih 3,600 pengguna dan mendapat hampir 4,000 tanda ‘suka’.


No comments:

Post a Comment