Tuesday 4 August 2020

#covid19 Indonesia alami penurunan kemasukan pelancong



Jumlah pelancong asing yang mengunjungi Indonesia mengalami penurunan pada Jun disebabkan  penularan wabak Covid-19 yang masih melanda, lapor agensi berita Xinhua.

Agensi Pusat Statistik pada Isnin mengumumkan jumlah kedatangan pelancong asing menurun sebanyak 2.06 peratus kepada 160,300 orang pada Jun. 


“Kesan pandemik pada sektor pelancongan sangat mendalam,” kata ketua agensi itu, Kecuk Suhariyanto pada sidang media.

Menurut agensi itu, pada Mei kedatangan pelancong asing meningkat 3.10 peratus kepada 163,650 orang. — Bernama

No comments:

Post a Comment