Wednesday 26 August 2020

Bunuh Kekasih Lepas Lakukan 'Perubatan Mistik' Kerana Hamil

 

Lelaki ditahan bersama rakannya masing-masing berusia 18 tahun kerana dipercayai membunuh teman wanitanya yang hamil enam bulan.


Lapor Kompas seperti dipetik AWANI, mayat mangsa berusia 16 tahun itu ditemui dalam keadaan tangan berikat di sebatang sungai di Desa Rejo Agung, Kecamatan Tegineneng, Indonesia

Menurut polis, kejadian berlaku sekitar jam 8 malam (waktu tempatan) apabila suspek menjemput teman wanitanya itu bersama rakannya ke sebuah sungai.


Dia kemudian memujuk kekasihnya untuk melakukan 'perubatan mistik' dengan mengikat kedua-dua tangan sebelum menolak mangsa ke dalam sungai dan menenggelamkannya hidup-hidup.


Polis percaya motif pembunuhan itu dirancang suspek kerana enggan bertanggungjawab atas kehamilan mangsa. 

No comments:

Post a Comment