Thursday, 2 July 2020

Misteri Penemuan Ratusan Bangkai Gajah Di Kawasan Botswana Sejak Mei Lalu


Sejak awal Mei lalu, seorang pegawai daripada badan amal Penyelamat Taman Negara Negara yang berpusat di United Kingdom mendedahkan misteri penemuan ratusan bangkai gajah di Botswana, kawasan yang merupakan kediaman bagi satu per tiga populasi gajah di Afrika Selatan.

Setakat ini beliau, Dr Niall McCann bersama rakan-rakan di negara tersebut telah menemui lebih daripada 350 ekor bangkai gajah di Delta Okavango dan punca kematian masih lagi tidak diketahui.

Kes kematian pertama ditemui pada awal Mei lalu ketika kumpulan ahli konservasi tempatan melakukan penerbangan di delta tersebut dan sepanjang perjalanan tiga jam, sebanyak 169 bangkai ditemui.



Menyifatkan misteri penemuan bangkai dalam kadar berkenaan sebagai sesuatu yang luar biasa, siasatan lanjut kemudiannya menemui lebih banyak bangkai menjadikan jumlah setakat ini sudah melebihi 350 ekor.


Kejadian penemuan ratusan bangkai dalam tempoh yang singkat ini dianggap sebagai sesuatu yang misteri itu tidak pernah berlaku sebelum ini; tidak berkait dengan kemarau.

Ratusan Bangkai Gajah Ditemui Di Kawasan Botswana Sejak Mei Lalu
Sumber: Observe
Tidak menolak kemungkinan disebabkan oleh racun anthrax semula jadi seperti yang berlaku pada tahun lalu yang menyebabkan 100 ekor gajah mati, gajah berkenaan dinafikan mati disebabkan pemburuan haram kerana gading kesemuanya masih ada pada bangkai.

Kematian gajah dengan bahagian muka kelihatan ‘jatuh’ dan saling menghadap gajah lain dalam kedudukan bulatan membawa kepada jangkaan sesuatu yang berpotensi menyerang sistem saraf kelompok haiwan ini.

 SUMBER

No comments:

Post a Comment