Sukar untuk dipercayai, namun ia mungkin turut dibantu dengan kehadiran personaliti seperti Tan Sri Michelle Yeoh, Henry Golding dan Amber Chia.
Menurut laman web pelancongan antarabangsa, Big 7 Media, 1.5 juta individu dari senatero dunia membuat tinjauan mengenai lokasi asal orang-orang paling cantik.
Biarpun tidak memberi sebarang definisi spesifik atas perkataan seksi, ia bagaimanapun memberi ruang kepada netizen untuk membuat interpretasi sendiri.
Tinjauan yang dilakukan meletakkan Malaysia di kedudukan ke-25, jauh meninggalkan Amerika Syarikat di tangga 45, Jerman (44), Sweden (38), Thailand (36), Rusia (33), China (31) dan Iran (26).
Keputusan menyaksikan Ukraine berada di kedudukan teratas diikuti Denmark dan Filipina di tangga ketiga.
Menurut tinjauan itu, personaliti dan penampilan yang menonjol orang Ukraine membolehkan mereka menduduki tangga pertama.
Menurut laman web itu lagi, Irish merupakan negara yang paling tidak seksi.
Berikut merupakan senarai 10 teratas negara paling seksi.
1) Ukraine
2) Denmark
3) Filipina
4) Brazil
5) Australia
6) Afrika Selatan
7) Itali
8) Armenia
9) Britain
10) Kanada
25) Malaysia
Sumber: The Star.
No comments:
Post a Comment