85 tahun pegang status sebagai muzium, mungkinkah Aya Sophia akan dijadikan sebagai masjid semua?
Hagia Sophia atau Aya Sophia yang sering dianggap sebagai sebuah bangunan teragung dan tercantik di dunia merupakan sebuah struktur bangunan muzium yang terletak di Instabul, Turki.
Dibina antara tahun 532 hingga 537 Masihi atas arahan Maharaja Byzantine Justinian hasil rekaan dua arkitek, Isidore dari Miletus dan Anthemius dari Tralles, hagia Sophia menjadi gereja terbesar di Constantinople selama hampir 1,000 tahun.
Pada tahun 1453, Constantinople dijatuhkan empayar Uthmaniyyah. Aya Sophia diubah suai menjadi sebuah masjid oleh Sultan Muhammad al-Fateh dan segala barangan yang mempunyai unsur agama Kristian seperti loceng dan altar telah dibuang dan digantikan dengan unsur-unsur Islam seperti mihrab, mimbar dan empat menara di luar bagunan.
Sehingga tahun 1935, Selepas hampir/lebih 500 tahun Aya Sophia berstatus dan menjalankan fungsi sebagai masjid utama di Turki, kerajaan Turki telah menukarkannya menjadi sebuah muzium yang boleh diakses semua penganut agama.
Selepas 85 tahun memegang status sebagai muzium, Aya Sophia mungkin akan bertukar status semula sebagai masjid sekiranya Mahkamah Majlis Negara Turki memutuskan kebenarannya pada hari ini.
Diisytiharkan sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO pada tahun 2017, perubahan status berkenaan merupakan permintaan daripada Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan semasa perhimpunan pilihan raya pada tahun lalu.
Untuk pengetahuan anda, umat Islam di Turki sudah lama menuntut supaya bangunan ini dijadikan masjid semula, namun ianya dibangkang bukan sahaja oleh pihak pembangkang sekular, tetapi juga kalangan pemimpin agama (Ketua Gereja Ortodoks Timur dan Yunani) serta antarabangsa.
Malah mahkamah tertinggi Turki pada 2018 pernah menolak rayuan bagi membolehkan umat Islam menunaikan solat di bangunan tersebut atas alasan permohonan tersebut tidak mempunyai kelayakan dan sebarang perubahan tidak sepatutnya berlaku.
Sumber: Al Jazeera, Malaysia Gazette
No comments:
Post a Comment