Wednesday 22 April 2020

Takut kemurkaan Allah bukan cacian manusia, kata Ebit Lew

Pendakwah bebas Ebit Lew memohon maaf jika sebarang usahanya membantu insan memerlukan selama ini menyinggung perasaan pihak tertentu.

Bagaimanapun, Ebit, 35, berkata walaupun sudah bertahun menyampaikan bantuan kepada masyarakat tetapi masih terlalu ramai yang masih hidup menderita.


“Saya sekali lagi minta maaf pada semua. Saya tidak berniat hendak sakitkan hati sesiapa pun. Betul ni. Maafkan saya ya. Saya mohon maaf pada semua.

“Doakan terlalu ramai lagi orang memerlukan bantuan dan sokongan.




“Bagaimana kita boleh lena sedangkan ada orang tidak dapat tidur lena kerana nasib mereka dengan kita tidak sama,” katanya.


Jelas Ebit lagi, walaupun mustahil menghulurkan bantuan kepada semua orang namun, memadai jika setiap daripada kita sekadar termampu.

“Belajarlah melihat dengan cinta. Mendengar dengan cinta. Melalui hidup dengan cinta.

“Janganlah menyalahkan sesiapa kerana setiap kita bertanggungjawab atas diri kita dan masyarakat kita di depan Allah nanti.

“Usahlah takut kejian atau penghinaan orang tapi yang paling menakutkan kemurkaan Allah,” katanya lagi.

sumber

No comments:

Post a Comment