Saturday 25 April 2020

#SeberangJaya Tiada wang beli susu, lampin anak, bapa jual tudung di stesen minyak

Seorang lelaki dilihat sanggup berpanas di bawah terik matahari dengan menjual tudung ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di sebuah stesen minyak.

Menurut pengguna Facebook Alin Taharin yang memuat naik beberapa foto, lelaki itu dikesan berniaga di stesen Petronas Seberang Jaya, Pulau Pinang.

“Saudara ini bukan meminta tetapi menjual tudung demi keperluan anaknya.

“Keprihatinan anda membuktikan kemuliaan hati emas anda,” catatnya.






 Lelaki itu di dalam foto dilihat duduk di sebalik motosikalnya yang tergantung beberapa tudung, dengan sekeping plakad tertulis: “Saya jual tudung sebab nak beli susu dan pampers anak”.

Hantaran Alin itu rata-rata mendapat simpati warga maya.

Kebanyakan operasi perniagaan terpaksa ditutup buat sementara kerana PKP, menyebabkan sumber rezeki harian ramai orang terjejas.

Kelmarin Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan PKP dilanjutkan pada fasa keempat sehingga 12 Mei.

projek mm

No comments:

Post a Comment