Saturday 25 April 2020

#Penaga Pesawah muda maut tersepit di tayar traktor pembajak

Seorang pesawah ditemui maut tersepit di bahagian tayar traktor pembajak di Kampung 20, Penaga di sini petang tadi.

Mayat Muhammad Izzat Aznan, 22, ditemui rakannya kira-kira jam 1.30 petang dalam keadaan separuh tergantung dengan kaki pada pedal traktor dan badannya tersepit di bawah tayar traktor berkenaan.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd Noor berkata, rakannya yang berusia 17 tahun itu ke lokasi kejadian bagi mencari mangsa selepas dia gagal dihubungi.

Menurutnya, remaja berkenaan terkejut apabila menemukan rakannya dalam keadaan tersepit dan tidak bernyawa sebelum dia menghubungi polis.







"Hasil siasatan mendapati mangsa yang mengusahakan sawah di kawasan itu memandu sendiri jentera berkenaan.

"Dia dipercayai tergelincir dan terjatuh sebelum tersangkut pada tayar traktor pembajak," katanya ketika dihubungi Sinar Harian di sini hari ini.

Noorzainy berkata, sepasukan anggota bomba dan penyelamat bergegas ke lokasi kejadian bagi mengeluarkan mangsa yang tersepit dan dia disahkan meninggal dunia.

"Mayat mangsa dibawa ke Unit Forensik Hospital Kepala Batas untuk bedah siasat dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut," katanya.


SInar Harian


No comments:

Post a Comment