Wednesday 22 April 2020

Langgar Arahan Kuarantin, Indonesia Kurung Rakyat Degil Dalam Rumah Berhantu

Jika di Malaysia, rakyat  yang baru pulang dari luar negara diwajibkan tinggal di pusat kuarantin yang diwartakan kerajaan sejak awal April lalu.

Individu yang didapati ingkar arahan tersebut akan dikompaun maksimum RM1,000 mengikut Seksyen 22, Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988.

Seorang sukarelawan mengawasi sebuah rumah terbengkalai yang dibina semula dipercayai berhantu yang dijadikan tempat kuarantin




Namun, di Indonesia, Ketua daerah Sragen, Kusdinar Untung Yuni Sukowati mengambil pendekatan berbeza untuk menghukum dan memberi pengajaran kepada mereka kerana degil.

Memetik laporan AFP,  gara-gara melanggar arahan kuarantin, dua lelaki yang baru pulang dari bandar ke kampung di Plupuh, Indonesia dikurung di dalam rumah berhantu.

Kusdinar Untung Yuni Sukowati (gambar kecil) mengarahkan individu yang melanggar perintah kuarantin dihantar ke rumah terbengkalai


Difahamkna, sebelum ini, kedua-dua mereka telah menandatangani surat tanda bersetuju untuk melakukan kuarantin selama 14 hari. Tapi, tak sampai dua minggu mereka melanggar perjanjian itu.

Kedua-dua mereka dikurung di dalam rumah berhantu yang jauh dari kampung dan terletak di tengah sawah padi dan dikunci dari luar.

No comments:

Post a Comment