Tuesday, 18 February 2020

Tak Serik, Peniaga China Tak Sabar Nak Jual Haiwan Liar Macam Biasa

Sejak dua minggu kebelakangan ini, polis di China giat membuat serbuan ke atas rumah, restoran dan pasar di negara itu.

Difahamkan, hampir 700 individu ditahan kerana melanggar larangan sementara menangkap, menjual atau memakan haiwan liar.


Berkata kepada Reuters, peniaga yang menjual keldai, anjing, rusa, buaya dan banyak lagi hidupan liar secara haram memaklumkan bahawa mereka merancang untuk kembali beroperasi secepat mungkin selepas keadaan menjadi terkawal.


"Saya ingin perniagaan beroperasi seperti biasa sebaik saja larangan itu ditarik balik," katanya.

Tambah peniaga Gong Jian yang menjual hidupan liar secara dalam talian, orang ramai suka membeli haiwan liar untuk dimakan atau dijadikan sebagai hadiah mewah.

Memetik Asia One, pada Januari, kerajaan mengarahkan semua kedai yang menjual haiwan liar ditutup sementara dan memberi amaran bahawa amalan memakan haiwan berkenaan mengancam keselamatan dan kesihatan awam

No comments:

Post a Comment