Tuesday, 25 February 2020
Polis Pulau Pinang tumpas sindiket bungkus dadah dalam paket minuman
Batu Uban, 24 Februari 2020 - Bertempat di Bilik Mesyuarat Pasukan Polis Marin, Wilayah 1 Batu Uban Pulau Pinang, YDH CP Dato' Narenasagaran Thangaveloo, Ketua Polis Pulau Pinang telah menghadiri satu sidang media mengenai Kejayaan tangkapan dan rampasan dadah.
Dalam sidang media Dato' Narenasagaran Thangaveloo berkata, pihak Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Pulau Pinang (JSJN) telah berjaya menumpaskan satu sindiket pengedaran dadah yang didalangi warga tempatan di kawasan Pulau Pinang dan Kedah. Hasil daripada serbuan, pihak polis telah menangkap 2 lelaki warga tempatan dan berjaya merampas jus minuman yang mengandungi dadah MDMA (309 peket), Pil Erimin 5 (1600 biji), Pil Ekstasi (1010 biji), dadah Ketamin (127.4 gram) dan juga dadah disyaki Ganja (Mushroom) (101 gram) dianggarkan bernilai RM738,400. Dadah tersebut adalah untuk pasaran tempatan sekitar Pulau Pinang dan boleh digunakan sehingga 4780 orang pada satu-satu masa.
Kesemua tangkapan direman di bawah Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah bagi siasatan lanjut di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)











No comments:
Post a Comment