Sunday, 23 February 2020

Menteri kemas meja, rancangan hadap Agong ketika Putrajaya dijangka ‘berubah’

FMT lapor, beberapa menteri sedang mengemas meja, lantaran dijangka berlaku perubahan besar-besaran pemerintahan negara.

Portal itu turut melaporkan, sumber mereka memberitahu terdapat rancangan oleh Mahathir untuk menghadap YDPA.

-----

Sesetengah menteri telah mengosongkan jadual minggu depan mereka, sementara yang lain mengemas meja di kementerian masing-masing susulan jangkaan akan berlakunya rombakan besar Kabinet sewaktu cakap-cakap mengenai penjajaran baru politik yang bakal menyaksikan kawan dan lawan membentuk gabungan pemerintah baru tersebar luas.



Sumber yang berhubung dengan FMT mengenai perkembangan terbaru di Petaling Jaya, di mana pengerusi PPBM Dr Mahathir Mohamad dan timbalan presiden PKR Mohamed Azmin Ali menghadiri mesyuarat berasingan dengan pemimpin parti mereka, tidak menolak kemungkinan satu pengumuman penting akan dibuat lewat hari ini.

Sumber lain memberitahu FMT bahawa terdapat rancangan oleh Mahathir untuk menghadap Yang di-Pertuan Agong bagi memaklumkan komposisi baru politik dalam kerajaan.

FMT tidak dapat mengesahkan dakwaan tersebut, tetapi sedang menghubungi pihak istana mengenainya.

No comments:

Post a Comment