Wednesday, 26 February 2020
#KubangSemang Suspek kes samun & ragut diburu!
Dua lelaki memukul jemaah wanita di Masjid An-Nur Kampung Guar) Jalan Guar Jering, Kubang Semang dengan besi sebelum meragut rantai emas, petang tadi.
Pemangku Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Superintendan Mohd Mustafa Bidin berkata jemaah wanita berusia 65 tahun itu berada di ruang solat masjid berkenaan kerana menghadiri kelas mengaji al-Quran apabila didatangi dua lelaki terbabit sekitar jam 3 petang.
“Suspek meragut rantai emas yang dipakai mangsa menyebabkan dia menjerit sebelum dipukul suspek menggunakan besi.
“Mereka juga membawa cangkul dan mengacukan ke arah mangsa serta dua lagi jemaah wanita yang berada di situ,” katanya hari ini.
Mengulas lanjut beliau berkata, dua suspek terbabit juga turut mengambil beg jemaah yang mengandungi telefon bimbit, telekung dan kitab.
Mangsa dan dua jemaah meminta bantuan seorang pekerja warga asing yang sedang membaiki bumbung masjid.
sumber
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment