Friday 13 December 2019

Iqram Dinzly tukar nama


Pelakon yang sering terlibat dengan pelbagai kontroversi, Iqram Dinzly mendedahkan dia kini menggunakan terbaharunya iaitu Iqram Al Muhammadi Dinzly.

Memetik laporan Astro Gempak, pertukaran namanya mempunyai maksud atau misi tertentu.

"Saya mahu dikenali sebagai Iqram Al Muhammadi Dinzly kerana saya mahu kongsi ilmu Islam kepada orang ramai terutamanya anak-anak muda.

"Golongan muda masa kini sememangnya bijak dan cepat mendapat informasi, namun saya juga difahamkan, ramai juga antara mereka yang terpesong dan sesat.

"Tidak mengapa jika sesat, tapi jangan sampai sesat barat, jangan sampai begitu," katanya kepada Astro Gempak.



Katanya lagi, dia juga sudah berubah berbanding dirinya yang dulu. Kini, dia lebih mementingkan kesederhanaan dalam apa jua.


"Iqram Dinzly dahulu sukakan banyak benda baru, pakai barang baru, tapi diri saya sekarang cukuplah ala kadar sahaja," katanya lagi.Diharapkan perubahan ini membawa kebaikan kepada pelakon ini. Takmo dah tayang-tayang benda tak sepatutnya ya. -

No comments:

Post a Comment