Friday 13 December 2019

Mahkamah tarik balik rayuan pembebasan Rafizi

Mahkamah Rayuan menarik balik rayuan terhadap pembebasan Rafizi Ramli daripada tuduhan mengikut Akta Bank dan Institusi-Institusi Kewangan (Bafia) kerana mendedahkan akaun bank berkaitan National Feedlot Corporation (NFC).

Ahli Parlimen Subang, Wong Chen berkata ia selepas Mahkamah Rayuan mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi Shah Alam yang membebaskan naib presiden PKR itu yang diputuskan pada 15 November lalu.

“Ini setelah timbalan pendakwaraya memaklumkan notis rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Shah Alam ditarik balik.

“Rafizi diwakili peguam Ahmad Nizam Hamid kelihatan sihat dan ceria sepanjang proses rayuan dibuat,” tulisnya menerusi Facebook.



Minggu lalu, Peguam Negara Tommy Thomas yang terkejut jabatannya memfailkan rayuan terhadap pembebasan Rafizi, berjanji akan membatalkan rayuan tersebut.

Terdahulu, peguam yang mewakili Rafizi, Nik Zarith Nik Moustpha berkata pasukan pembelaan diberitahu mengenai rayuan tersebut melalui emel daripada pendaftar Mahkamah Rayuan.

Salah seorang peguam Rafizi, Nik Zarith Nik Moustpha, berkata pasukan pembelaan diberitahu mengenai rayuan tersebut hari ini melalui emel daripada pendaftar Mahkamah Rayuan.

Nik Zarith berkata pendaftar juga menetapkan 9 Mac sebagai tarikh sebutan rayuan.

Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 15 Nov lepas melepaskan dan membebaskan Rafizi selepas membatalkan sabitan mendedahkan akaun bank berkaitan NFC, anak syarikatnya dan pengerusi Salleh Ismail.

SUMBER

No comments:

Post a Comment