Tuesday 24 December 2019

#GRAB Pula Dituduh Kapitalis Kerana Paksa Pemandu Bayar Sewa



Beberapa bulan lepas, Foodpanda dimogok oleh pelanggan dan rider mereka sendiri selepas berlaku perubahan harga pembayaran terhadap rider.

Isu ini turut mendapat perhatian Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq selepas beliau menjemput pihak Foodpanda dan rider ke rumahnya untuk menyelesaikan isu tersebut.


Rentetan isu ini, Foodpanda dilabel kapitalis oleh rakyat Malaysia selepas mereka digambarkan tidak menjaga kebajikan pekerja.

Terbaru, seorang pemandu Grab berkongsi pengalaman pahitnya apabila dipaksa untuk membayar meskipun tidak lagi menyewa kereta. Menurut Diniel (@dinieziliqram), kereta yang disewanya daripada Grab mengalami kemalangan dan dia terpaksa berhenti bekerja apabila kereta itu dibawa ke bengkel.

Namun, lain pula yang terjadi apabila Grab tetap mengenakan bayaran sewa meskipun sudah dimaklumkan bahawa kereta tersebut sudah dihantar ke bengkel berdaftar di bawah Grab.









Menurutnya, permohonannya untuk membuat perkhidmatan Grab menggunakan kereta sendiri ditolak apabila dia perlu menghabiskan kontrak sewa kereta tersebut terlebih dahulu.

Diniel turut meluahkan rasa kecewanya apabila perlu membayar sewa yang banyak berjumlah RM50 sehari, namun tidak boleh menjana duit daripada servis Grab.

Isu ini mendapat perhatian warganet yang kurang bersetuju dengan polisi Grab, menganggap perjanjian tersebut adalah berat sebelah dan hanya menguntungkan syarikat e-hailing itu.


No comments:

Post a Comment