Tuesday 24 December 2019

Pemain Badminton Beregu Negara Lumpuh Sebelah Muka


Berita agak menyedihkan buat pemain beregu campuran negara, Chan Peng Soon yang disahkan menghidap Bell's Palsy yang menyebabkan tulang bahagian sebelah kiri mukanya lumpuh.

Peng Soon,31 tahun menerangkan perkara itu melalui sebuah video di Instagram sambil menunjukkan bahagian sebelah mukanya yang kebas.


Rakaman video itu juga kelihatan dia tidak dapat menutup mata dengan sepenuhnya serta bahagian mulut yang agak senget selain mengakui selain boleh menjejaskan misinya bagi melayakkan diri ke Sukan Olimpik Tokyo tahun depan.

"Saya tak pasti sekiranya anda pernah mendengar penyakit ini (lumpuh muka). Saya menghadapi penyakit ini sekarang," tulisnya.


Rata-rata rakyat Malaysia mengambil kesempatan memberikan kata-kata semangat buat Peng Soon agar cepat sembuh dan kembali membawa nama Malaysia dalam dunia badminton.

No comments:

Post a Comment