Tuesday 24 December 2019

Aiskrim Popular Viennetta Kini Kembali!



Jika anda hidup pada zaman 90-an dulu, tidak kira lah waktu itu anda masih remaja atau kanak-kanak, pasti pernah terlintas di fikiran tentang iklan aiskrim Viennetta.

Aiskrim ini boleh dikatakan salah satu pencuci mulut yang boleh dianggap 'mewah' kerana harganya pada ketika itu adalah sangat mahal.

Kini, setelah hampir 15 tahun, pengeluar aiskrim tersebut, Walls telah membawakan kembali produk dambaan netizen iaitu Walls Viennetta khas atas permintaan orang ramai.

Malah sebelum ini, ada juga yang telah membuat petisyen untuk mengembalikan aiskrim ini. Nampaknya, Walls telah merealisasikan impian mereka di luar sana!




Produk ini khabarnya boleh didapati di pasar raya B.I.G dan boleh didapati dalam dua perisa iaitu mint dan vanilla.

Namun begitu, harganya masih kekal 'mahal' juga ya! Harga bagi setiap satu brownie aiskrim ini adalah RM35 sementara stok masih ada. Keluarannya yang terhad ini akan membawa kembali kenangan zaman kanak-kanak anda bersama aiskrim 'legend' ini.

Kalau dulu mungkin anda tak mampu sebab harganya yang mahal, mungkin kini anda dah boleh dapatkannya tanpa berfikir banyak kali!

No comments:

Post a Comment