Wednesday 13 November 2019

Panduan ‘solehot’, gadis bertudung Indonesia jadi model kondom dikecam

Penulis buku seks manual dan Instafamous Citra Ayu Mustika mencetuskan kontroversi apabila mempromosi karya terbarunya Uncensored bersama kondom.

Iklan di laman sesawang menjual barangan seks Asmaraku.com mencetuskan kecaman warga maya.

Lebih-lebih lagi, Ayu tampil dengan imej bertudung yang dilihat tidak sesuai dengan produk seksual yang diiklan.

Iklan yang mula tular di Twitter menunjukkan Ayu bersama bukunya, produk Durex dan alat seks sebagai bonus bagi individu yang memesan buku melalui laman sesawang itu.




Mengikut laman sesawang itu, Uncensored berkisar tentang panduan “isteri solehot”, gabungan ayat solehah (wanita taat) dan “hot” (seksi).


Ayu yang juga ibu dua anak itu terkenal kerana lantang membincangkan masalah rumahtangga termasuk seks, perasaan, kewangan dan hal lain.

Citra Ayu juga dilihat secara terbuka berkongsi cerita tentang hubungan intimnya dengan suami kepada 137,000 pengikut Instagram.

Pengikutnya, kebanyakan wanita muda memuji dan mempertahan Ayu kerana keberaniannya menyentuh isu sensitif.

“Ini bukan tentang isu wanita bertudung atau kondom halal. Dia selebriti Instagram yang banyak berkongsi tentang penyusuan anak dan ibu bapa muda,” komen pengguna Twitter.

No comments:

Post a Comment