Thursday 7 November 2019

#Lumut Restoran diarahkan tutup 14 hari selepas hidang mi segera berulat

Sebuah restoran di Seri Manjung di sini diarahkan menutup operasinya selama 14 hari bermula semalam selepas didapati menghidangkan mi segera goreng ayam berulat kepada pelanggannya.

Pengarah Kesihatan Perak, Datuk Dr. Ding Lay Ming berkata, satu pemeriksaan mengejut bersama Majlis Perbandaran Manjung (MPM) segera dibuat selepas satu rakaman video mengenainya tular di media sosial.




"Jabatan Kesihatan negeri tidak menerima aduan rasmi mengenai kejadian itu namun kita mengambil maklum memandangkan ia tular di media sosial.

"Pemeriksaan telah dilakukan di restoran berkenaan dan premis tersebut diarahkan tutup selama 14 hari," katanya dalam satu kenyataan.

Tambah Lay Ming, pemilik premis telah diberi salinan butiran yang perlu dilakukan mengenai tahap kebersihan kedainya.

Semalam, tular di media sosial mengenai satu rakaman video yang dirakam pengunjung restoran berkenaan mengenai penemuan beberapa ekor ulat di dalam hidangan mi segera goreng ayam. - Perak Gazette

Gambar rakaman video media sosial

No comments:

Post a Comment