Tuesday 19 November 2019

Hidung berdarah, Tun Mahathir terpaksa tamatkan segera sidang media


PERDANA MENTERI, Tun Dr Mahathir Mohamad dilaporkan mengalami pendarahan hidung ketika mengadakan sidang media sehingga menyebabkan program itu terpaksa ditamatkan lebih awal.

Ketika menjawab soalan-soalan dari wartawan dalam kongres kelapa sawit dan pameran antarabangsa (Pipoc) 219, doktor Mahathir dilihat menyapu hidungnya dengan sehelai sapu tangan berwarna putih.

Warna merah kelihatan di atas sapu tangan berkenaan tidak lama kemudian.

Pengawal peribadi Dr Mahathir kemudian segera datang kepadanya sebelum membawanya pergi tidak lama selepas itu.

Malay Mail yang memetik sumber melaporkan Perdana Menteri dibawa pergi untuk mendapatkan rawatan perubatan.




  Sumber —

No comments:

Post a Comment