Saturday 9 November 2019

Bomba selamatkan kucing tersangkut mata kail

 Penderitaan seekor kucing jantan akibat mata kail tersangkut di kakinya berakhir selepas dia diselamatkan pihak bomba hari ini.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat berkata, kejadian berlaku apabila kucing peliharaan Zulaihan Mustafa, 43, bermain di kaki lima sebelum mata kail tersangkut di kakinya.

"Risau dengan keadaan mata kail di kaki kucingnya itu, Zulaihan membawanya ke Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Kangsar pada pukul 8.31 pagi untuk mendapatkan bantuan mengeluarkan mata kail berkenaan.









"Anggota kemudiannya bertindak mengeluarkan mata kail dari kaki kucing tersebut menggunakan peralatan khas sehingga berjaya," katanya ketika dihubungi hari ini.

Tambahnya, kucing tersebut tidak mengalami sebarang kecederaan serius dan diserahkan semula kepada pemiliknya.

Operasi tamat sepenuhnya pada pukul 8.48 pagi. - Perak Gazette/JBPM

No comments:

Post a Comment