Sunday, 4 August 2019

Pemandu dan pesakit maut ambulans terbabas





PEMANDU dan pesakit maut apabila ambulans dinaiki terbabit kemalangan di Kilometer 368.4 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah selatan di Slim River, awal pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira 6.30 pagi, tiga lagi mangsa cedera termasuk seorang doktor wanita.

Menurut jurucakap Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Slim River, pihaknya menerima maklumat mengenai kejadian jam 6.42 pagi membabitkan kenderaan jenis ambulans Hospital Slim River.

Menurutnya, berdasarkan maklumat diperoleh, ambulans itu dipercayai hilang kawalan sebelum terbabas hingga melanggar besi pembahagi jalan dan terdapat lima mangsa dalam kenderaan.















“Maklumat awal kemalangan mengakibatkan pemandu dan pesakit wanita dewasa maut di lokasi kejadian.

“Tiga lagi mangsa iaitu seorang doktor, jururawat dan seorang pembantu pemandu cedera dalam kejadian ini,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Menurutnya, bomba kemudian bertindak mengeluarkan semua mangsa dan menyerahkan mangsa yang maut kepada polis untuk tindakan lanjut.

“Mangsa yang cedera dihantar ke Hospital Slim River untuk rawatan lanjut.

“Operasi menyelamat tamat sepenuhnya jam 8.17 pagi,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 4 Ogos 2019 @ 10:57 AM

#HarianMetro

No comments:

Post a Comment