Sunday, 4 August 2019
Balai Bomba Pulau Pinang berusia 111 tahun dijenama semula sebagai hotspot Pelancongan..
Balai Bomba dan Penyelamat Lebuh Pantai
di sini, yang tercatat sebagai satu daripada jabatan bomba dan penyelamat tertua di Malaysia dan yang masih beroperasi, telah berpatah semula kepada penggunaan papan tanda dengan reka bentuk berstruktur seperti yang digunakan 111 tahun lepas.
Balai Bomba itu dijenama semula sebagai ‘Central Fire Station 1908’ dengan fon depan hitam besar, menggantikan papan tanda merah sebelum ini dan meletakkan reka bentuk infrastruktur asalnya.
Ketua Menteri Chow Kon Yeow 曹觀友 berkata, papan tanda itu ditukar mengikut Pelan Kawasan Khas Tapak Warisan Dunia George Town dan inisiatif ini diambil oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat Jalan Pantai.
“Bangunan Balai Bomba dan Penyelamat Lebuh Pantai ini adalah satu bangunan ikonik dan bangunan warisan Kategori I di dalam Tapak Warisan Dunia UNESCO George Town,” Chow memberitahu pemberita selepas melawat papan tanda baru itu di sini, hari ini.
Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat P.Pinang, Saadon Moktar yang turut hadir berkata, inisiatif itu dibuat bagi menarik pelancong dan mengiktiraf ia sebagai balai bomba pertama di negeri ini.
Selain daripada papan tanda itu, Saadon juga berkata bentuk bangunan dan beberapa cirinya akan dikekalkan bagi menyesuaikannya dengan syarat Pelan Kawasan Khas Tapak Warisan Dunia George Town.
Satu daripada ciri ikonik bangunan yang mempunyai rekabentuk struktural ialah gabungan corak arkitektural, corak klasikal menggabungkan corak Mughal menara empat tingkat dengan pengaruh dari era arkitek Edwardian.
Beliau menambah bahawa memandangkan kos penyelenggaraan yang tinggi, kebanyakan kerja-kerja pemulihan dan pemeliharaan dilakukan dari sudut pandangan balai bomba.
-- BERNAMA
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment