Wednesday, 3 April 2019

Terowong Dasar Laut : Datuk Seri mengaku tidak bersalah


SHAH ALAM 3 April - Seorang ahli perniagaan bergelar Datuk Seri dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tiga pertuduhan menipu dengan nilai berjumlah RM19juta bagi tujuan membantu menutup siasatan projek mega terowong dasar laut di Pulau Pinang yang bernilai RM6.3 bilion dua tahun lalu.

Bagaimanapun, tertuduh, M. G. Gnanaraja, 38, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Rozilah Salleh.


Mengikut semua pertuduhan, tertuduh memakai kot telah memperdayakan seorang pengarah syarikat sebanyak RM19juta bagi menutup siasatan yang dilakukan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dibawah Akta Pencegahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Wang Haram 2001.

Kesemua wang tersebut secara berperingkat sebanyak tiga kali bermula Julai dan Ogos 2017 di sebuah hotel di Damansara dan CIMB cawangan KLCC.

Sehubungan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 10 tahun, sebatan dan denda jika disabitkan kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya SPRM, Datuk Umar Saifudin Jaafar menawarkan jaminan RM100,000 bagi semua pertuduhan dengan seorang penjamin dan pasport antarabangsa diserahkan kepada mahkamah.

Tertuduh diwakili peguam Datuk Geethan Ram tidak membantah cadangan tersebut.

Mahkamah kemudiannya menetapkan tertuduh diikat jamin RM100,000 bagi semua pertuduhan dengan seorang penjamin dan pasport antarabangsa diserahkan kepada mahkamah serta menetapkan sebutan semula kes pada 6 Mei hadapan. - UTUSAN ONLINE

No comments:

Post a Comment