Pengarah syarikat, Chen Kai Yi, 39, dan isterinya, Yeak Wak Ying, 33, sebagai pengarah pemasaran Syarikat LC Marketing Networking Media Sdn Bhd mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan ke atas mereka dibacakan secara berasingan di hadapan Hakim Hilmiah Yusof.
Mengikut ketiga-tiga pertuduhan, mereka dan syarikat itu didapati memiliki 79 unit Android TV Box pelbagai jenama dengan tujuan untuk menjual kelengkapan komunikasi tersebut yang tidak diperakui, sebagaimana dikehendaki Peraturan-Peraturan Komunikasi dan Multimedia (Standard Teknik) 2000 di F04, Digital Mall di Jalan 14/20, Seksyen 14, di sini, pada 12.30 tengah hari, 2 Okt 2018.
http://www.bernama.com/bm/news.php?id=1711956
No comments:
Post a Comment