Wednesday, 13 March 2019
Polis Tumpaskan Pencuri Motosikal di Permatang Buloh
Bertindak atas maklumat orang awam sepasukan polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Perai Utara telah menyerbu sebuah pondok kecil di Kepala Batas yang dijadikan tempat untuk meleraikan komponen motorsikal dan merampas dua buah motorsikal jenis Yamaha RXZ dan Kawasaki RR.
Turut ditemui rangka dan enjin motorsikal dan beberapa komponen yang telah dileraikan.
Kesemua yang ditahan dalam lingkungan umur 21 hingga 24 tahun
Hasil saringan air kencing mendapati salah seorang saspek positif dadah jenis “Meth” manakala yang lain negatif dadah.
Turut dirampas daripada salah seorang saspek satu bekas tin dan dua peket plastik lutsinar mengandungi serbuk kristal disyaki dadah jenis “syabu”.
Kes disiasat di bawah Seksyen 379A Kanun Keseksaan
Media Hotline Utara
Subscribe to:
Post Comments (Atom)



No comments:
Post a Comment