Saturday, 16 March 2019
POLIS RAMPAS 60 KILOGRAM DAUN KETUM DI PLAZA TOL SUNGAI DUA (4 GAMBAR)
12 bungkus plastik hitam berisi daun ketum seberat 60 kilogram ditemui di dalam bonet sebuah kereta di Plaza Tol Sungai Dua arah selatan malam tadi.
Polis turut menahan dua lelaki berumur 29 dan 31 tahun yang bekerja sebagai penoreh getah bagi membantu siasatan.
Ketua Polis Daerah Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Perai Utara, ACP Noorzainy Bin Mohd Noor dalam satu kenyataan berkata,operasi itu membabitkan Jabatan Siasatan Penguatkuasaan Trafik Bukit Aman dan Jabatan Siasatan Penguatkuasaan Trafik IPK Pulau Pinang
Katanya, hasil siasatan mendapati daun ketum yang dirampas adalah untuk dijual di kawasan sekitar Pulau Pinang dan nilai keseluruhan daun ketum yang dirampas dianggarkan berjumlah RM 1800.00
Menurut beliau urine kedua-dua suspek didapati positif METH/THC
Suspek ditahan reman selama empat hari bermula hari ini hingga 19/03/2019 untuk siasatan lanjut.
Kes tersebut disiasat di bawah Sek. 30(3) Akta Racun 1952 dan Sek. 15(1)(a) ADB 1952
*#Y_PITcreW*
*#PIT_creW*
Subscribe to:
Post Comments (Atom)





No comments:
Post a Comment