Gambar Hiasan |
BERNAMA
LELAKI warga Myanmar berusia 38 tahun ditahan kerana cuba merasuah anggota polis yang mahu menyamannya kerana tidak memiliki lesen menunggang motosikal di pekan Kongsi, Balik Pulau hari ini.
Ketua Polis Daerah Barat Daya Superintendan A A Anbalagan berkata, anggota polis itu menahan penunggang motosikal terbabit 10 pagi.
Beliau berkata, pemeriksaan mendapati lelaki yang juga pemegang kad Pesuruhjaya Bangsa-Bangsa Bersatu Bagi Pelarian (UNHCR) itu tidak memiliki lesen memandu.
“Ketika hendak mengeluarkan saman, lelaki itu memasukkan sejumlah wang ke dalam poket sebelah kanan anggota polis itu dan anggota terbabit menepis tangannya serta memberi amaran tidak memberi rasuah.
“Suspek tidak mengendahkannya walaupun anggota polis berkenaan memberi amaran tiga kali kepada lelaki itu sebelum menahannya,” katanya.
Katanya, polis merampas wang tunai RM50 yang cuba dirasuah kepada anggota polis berkenaan.
No comments:
Post a Comment