Tuesday, 19 March 2019

Kedai Tomyam di Alma ada GRO?


Bukit Mertajam, 16 Mar – Pendaftaran Perniagaan menunjukkan bahawa ianya adalah sebuah Kedai Tomyam namun perniagaan yang dijalankan adalah Pusat Hiburan.


Helah berkenaan terbongkar apabila sebuah premis hiburan yang terletak di Pusat Perniagaan Maju Jaya Alma diserbu oleh pihak berkuasa.
Kedai Tomyam Apakah Ini
Gerakan Operasi Bersepadu oleh 16 pegawai dan anggota Bahagian Penguatkuasa Imigresen Pulau Pinang bersama-sama 28 orang pegawai dan anggota Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) bagi membenteras PATI pada awal pagi tadi.
Kedai Tomyam Apakah Ini
Serbuan yang dijalankan itu telah memeriksa 19 orang warga asing dan hasilnya seramai 18 orang wanita yang disyaki bekerja sebagai GRO dan menjalankan aktiviti tidak bermoral telah berjaya ditangkap kerana disyaki melanggar syarat-syarat Pas yang diberikan.
Kedai Tomyam Apakah Ini
Mereka yang ditangkap terdiri daripada 15 wanita Thailand, 2 wanita Laos dan 1 wanita Vietnam. Turut ditangkap adalah seorang warga tempatan yang disyaki sebagai pengurus perniagaan premis terbabit untuk sisatan lanjut.
Kedai Tomyam Apakah IniKedai Tomyam Apakah Ini
Ketika serbuan dijalankan, wanita-wanita ini didapati menyembunyikan diri di bawah kaunter serta bilik stor bagi mengelakkan diri daripada ditangkap.
Kedai Tomyam Apakah IniKedai Tomyam Apakah Ini
Pihak MPSP juga akan menjalankan siasatan lanjut ke atas pemilik perniagaan terbabit memandangkan ianya telah menyalahgunakan lesen perniagaan yang diberikan.
Kedai Tomyam Apakah IniKedai Tomyam Apakah Ini
Jabatan Imigresen Malaysia Pulau Pinang akan berterusan membongkar kegiatan yang tidak bermoral ini dan berkolaborasi bersama lain-lain agensi penguatkuasa dalam menguatkuasakan undang-undang demi menjaga keselamatan dan kedaulatan negara agar sentiasa terpelihara.

No comments:

Post a Comment