![]() |
Gedung IKEA pertama di Utara Malaysia bersiap sedia menyambut lebih ramai rakyat Malaysia
|
IKEA Batu Kawan merupakan respons terhadap permintaan orang ramai agar lebih banyak gedung IKEA dibuka di seluruh negara. Dengan rangkaian penyelesaian kelengkapan rumah yang luas, gedung ini akan memenuhi keperluan gaya hidup di bandar buat semua penduduk di Pulau Pinang dan Utara Malaysia. IKEA Batu Kawan akan menampilkan adunan unik warisan Sweden dan budaya tempatan, bermula daripada penyelesaian kelengkapan rumah, sehingga kepada ciri-ciri gedungnya serta ruang kehidupan.
“Tepat pada jam 10 pagi, Hari Khamis, 14 Mac, berjuta-juta pelanggan dari Wilayah Utara akhirnya dapat menikmati akses mudah kepada kelengkapan rumah daripada Sweden yang bereka bentuk menarik, berfungsi, dan pada harga sangat rendah. Kami tidak sabar untuk mengalu-alukan pelanggan kami kerana merealisasikan visi kami untuk mencipta kehidupan harian yang lebih baik untuk orang ramai,” kata Pathmalingam Arumugam, Pengurus Stor IKEA Batu Kawan.
Dikenali sebagai gedung buat orang ramai, gandingan IKEA Batu Kawan dengan beberapa pembangunan di sekitar bakal melonjakkan Aspen Vision City menjadi sebuah pusat perniagaan yang popular tidak lama lagi. Sebagai peneraju kehidupan di rumah yang baharu di Pulau Pinang, IKEA telah bersedia menjadikan rumah di Wilayah Utara lebih selesa dengan lebih 8,000 produk kelengkapan rumah serta 49 bilik pameran berinspirasikan sentuhan tempatan.
Persiapan sedang giat dilakukan di samping peruncit ini bertungkus lumus bagi menjamin pembukaan ini menjadi satu detik yang tidak akan dapat dilupakan dan menyeronokkan. Pada 14 Mac, 10,000 pelanggan yang pertama akan menikmati pelbagai barangan percuma, di samping promosi dan aktiviti dalam gedung bagi seisi keluarga semasa minggu-minggu pembukaan gedung tersebut. Untuk maklumat lanjut tentang pelbagai promosi dan aktiviti dalam gedung ini, sila layari IKEA.my/BatuKawan.
Dengan 1,950 tempat letak kereta serta akses mudah melalui Jambatan Pulau Pinang Kedua dan dua lebuh raya utama (Lebuhraya Bandar Cassia dan Lebuhraya Utara–Selatan), IKEA Batu Kawan terletak di alamat 752, Persiaran Cassia Selatan 8, 14110 Bandar Cassia, Pulau Pinang, dan akan dibuka secara rasmi pada jam 10.00 pagi, 14 Mac 2019 (Khamis).







No comments:
Post a Comment