Thursday, 21 March 2019

Demi Sesuap Nasi, Pasangan OKU Ulang Alik Bukit Mertajam – Kulim Jual Sarung Bantal

Menjual sarung bantal secara kecil-kecilan bagi menyara kehidupan, sepasang suami isteri orang kelainan upaya (OKU) penglihatan mengambil inisiatif berniaga di Pasar Awam Kulim, Kedah.

Menerusi Berita Harian, pasangan yang dikenali sebagai Mona Ahmad, 41 dan Abd Hamid Mat Piah, 58 terpaksa berulang-alik setiap hari dari rumah mereka di Bukit Mertajam, Pulau Pinang ke pasar awam tersebut.



Rutin setiap hari


Ini rutin kami setiap hari sejak setahun lalu. Pada mulanya memang banyak cabaran yang perlu kami lalui, termasuk untuk mengenal pasti jenis sarung bantal yang dijual supaya tidak timbul masalah semasa jual-beli.

Kami sekarang sudah terbiasa, tidak pernah kesal dan berasa payah untuk berniaga di tempat terbuka serta bersaing dengan peniaga lain yang lebih bernasib baik kerana mempunyai semua pancaindera.

Berpegang pada prinsip tidak mahu menyusahkan orang lain, rutin itu tetap diteruskan oleh mereka setiap hari walaupun pendapatan yang diperoleh tidak begitu lumayan.


Pekerjaan sebagai satu ibadah


Pendapatan kami tidaklah sebanyak mana, kadang-kadang hanya dapat RM40 atau RM50 sehari, dan ada ketika hanya mendapat RM15 hingga RM20 sahaja sehari.

Sarung bantal mereka dijual pada harga antara RM5 dan RM8 sehelai mengikut saiz dan jenis kain. Lebih menyulitkan apabila mereka terpaksa pula berbelanja kira-kira RM40 sehari untuk kos pengangkutan pergi dan pulang.

Mereka menganggap pekerjaan itu sebagai satu ibadah. Selain berniaga sarung bantal, Mona juga turut mengambil upah mengurut jika mempunyai tempahan. Al-Quran merupakan pendorong semangat buat pasangan tersebut untuk terus gigih berniaga selain penguat rohani dan jasmani.

Sumber: Berita Harian

No comments:

Post a Comment