BAYAR RM30 untuk sertai pesta liar, itu yang dilakukan beberapa remaja yang dicekup sepasukan polis narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut dalam serbuan di kondominium di Bukit Gambir, dekat Georgetown, hari ini.
Difahamkan, pesta liar dadah dan seks berkenaan dianjurkan seorang lelaki untuk remaja lelaki dan perempuan.
Dalam serbuan 2 pagi itu, seramai 22 remaja berusia 15 hingga 20 tahun ditahan ketika mereka sedang berpesta sambil menari di bawah pengaruh dadah.
Lima daripada yang ditahan masih di bawah umur masing-masing tiga lelaki dan dua perempuan berusia 16 hingga 17 tahun.
Menurutnya, kondominium itu disewa dengan harga RM180 sehari dan mereka menjadikan premis terbabit sebagai lokasi berhibur kerana ‘privasi’.
“Siasatan awal kita mendapati ada antara peserta parti liar terbabit datang dari Kedah dan polis tidak menolak kemungkinan mereka ini berhubung dalam media sosial namun siasatan lanjut masih dijalankan.
“Ujian air kencing mendapati 19 daripada 22 yang ditahan itu masing-masing positif dadah dan mereka kini direman selama tiga hari,” katanya.
Menurutnya, kes disiasat mengikut Seksyen 12 (3) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 6 akta sama.
Harian Metro Isnin lalu melaporkan kegiatan ‘mami’ yang merekrut gadis remaja untuk dibekalkan kepada penganjur parti liar di kondominium serta hotel dengan mengenakan bayaran tertentu.
Kredit : Harian Metro

No comments:
Post a Comment