![]() |
| Kakitangan Jabatan Kesihatan menunjukkan makanan haiwan yang digunakan untuk memekatkan sos di sebuah kilang. Foto Zuhainy Zulkifli |
KILANG memproses mi, kuetiau dan sos cili di Permatang Damar Laut dekat sini, diarah tutup selama 14 hari selepas didapati menggunakan makanan haiwan sebagai bahan dalam sos.
Perbuatan jijik di kilang itu dibongkar ketika pemeriksaan penguat kuasa Jabatan Kesihatan Pulau Pinang bersama Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) dalam Operasi Penang Sihat di Diamond Valley Industrial Park, hari ini.
Ketua Unit Inpektorat dan Perundangan JKN Pulau Pinang Syazwani Ab Khalid berkata, pihaknya juga menemui najis tikus di beberapa bahagian premis selain didapati tidak menggunakan kaedah pengasingan bahan kitar semula.
Menurutnya, premis berkenaan diberi notis penutupan dan kompaun sebanyak RM250, ia juga kali kedua premis itu diperiksa sejak tahun lalu.
“Kami menjumpai beberapa guni mengandungi makanan haiwan yang direbus dan dicampurkan dengan serbuk cili bagi memekatkan sos.
“Pemilik premis juga dinasihatkan supaya menggantikan penggunaan makanan haiwan itu dengan kacang dal bagi memekatkan sos selepas ini,” katanya ketika ditemui, hari ini.
Operasi yang dijalankan di lima lokasi sekitar Barat Daya itu membabitkan seramai 135 anggota Jabatan Kesihatan, MBPP dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP).
Operasi itu membabitkan pemeriksaan mengikut Seksyen 11 Akta Makanan 1983, Peraturan-peraturan Makanan 1985, Peraturan-peraturan Kebersihan Makanan 2009, Peraturan-peraturan Kawalan Hasil Tembakau 2004 dan Akta Pemusnahan Serangga Pembawa Penyakit 1975.
Kredit Harian Metro

kompoun 250 saje? susah sangat ke kasi tutup terus?
ReplyDeleteSos apa tu.. ?
ReplyDeleteArahkan tutup je. Denda macam tak berbaloi Dan sikit sangat.
ReplyDeleteMee jenama pa tuan..
ReplyDeleteXpadan kompaun yg kena.. mau viral skali brand apa.. mau kasi boikot..
ReplyDeleteTak padan sungguh kompaunnya tu. Seram la kan nak makan sos-sos segala ni. Mujur tak kemaruk makan sos. Tak tau la korang.
ReplyDeleteBoh la nama kilang gan nama barangan dia...senang la nanti x terbela yg dok ada kat pasaran...apa punya Banggang laa depa nie...
ReplyDeletetak payah tanya mee sos jenama apa..tgk di packaging..kalau alamat pembuatan/pembungkusan dari permatang damat laut..jangan beli
ReplyDeletetak payah tanya mee sos jenama apa..tgk di packaging..kalau alamat pembuatan/pembungkusan dari permatang damat laut..jangan beli
ReplyDeleteKenapa tidak dinyatakan nama syarikat dan jenama product tersebut secara jelas. Ini untuk kepenting orang ramai khususnya masyarakat Islam di negara ini. Kenapa perlu dilindungi orang2/pengilang yang mengkhianati seluruh rakyat.
ReplyDeleteApa punya bangang kompoun RM 250.00 awal terus jgn bagi muka langsung..undang 2 kita lemah..penguatkuasaan mcm takut nk ambik tindakan...bagi tau nama kilang..nama product...nape nk srlindung2 ada kepentingan Kerr??
ReplyDeleteNak cerita bagi habis la. Syarikat apa? Produk brand apa? Ada status halal ke tidak?
ReplyDeleteCerita tak habis dan tak lengkap ni serupa fitnah pun ia juga.
ReplyDelete