PUTRAJAYA: Tun Dr Mahathir Mohamad menafikan kemerosotan nilai ringgit berbanding baht sekarang ini kerana prestasi buruk pentadbirannya, sebaliknya kerana Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump.
Beliau berkata nilai ringgit merosot kepada RM13 bagi setiap 100 baht adalah kerana kenaikan mata wang dolar.
“Ringgit baru ini naik semula. Yang jadi masalah adalah mata wang dolar AS naik kerana apa yang dilakukan Trump.
Apabila dolar AS naik maka nilai ringgit jatuhlah.
“Bukan jatuh betul-betul tetapi hanya dari segi peratusan. Sekarang ini RM4.16 (berbanding AS$1), sebelum ini RM4.29.
Kita (RM) sudah kukuh, tetapi perkara seperti ini tidak boleh diambil sebagai ukuran tepat kerana ada lain-lain ukuran yang perlu diambil kira dalam menentukan prestasi ekonomi negara,” katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Pakatan Harapan.
Terdahulu, bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak desak Putrajaya menjelaskan kemerosotan besar ringgit berbanding baht, walaupun kerajaan Barisan Nasional (BN) sudah kalah pilihan raya umum.
“Laungan PH pada suatu masa dahulu, ialah ‘Najib turun, ringgit naik’. Saya dah turun dan Menteri Kewangan Lim Guan Eng sudah naik. Tetapi ringgit turun dengan lebih dahsyat lagi. Apa alasan Lim?” katanya.
Najib berkata nilai ringgit menunjukkan pemulihan berbanding baht sebelum PRU-14.
SumbeR : Free Malaysia Today
No comments:
Post a Comment