Wednesday, 6 February 2019

TUJUH anggota polis pelancong ditahan kerana peras ugut

Gambar Hiasan

TUJUH anggota polis pelancong ditahan selepas memeras ugut pengurus hotel di Lorong Argyll, Georgetown dua minggu lalu.




Ketua Polis Pulau Pinang Datuk T Narenasagaran berkata, berikutan itu semua tujuh anggota polis pelancong berkenaan kini ditukarkan dari unit pelancong melakukan tugasan di balai.

 “Setakat ini, kita menunggu kertas siasatan yang sedang dilengkapkan dan akan merujuk ke timbalan pendakwa raya.

 “Buat sementara waktu ini, tujuh anggota terbabit tidak dibenarkan melakukan tugas luar sementara menunggu siasatan penuh dilakukan,” ujar beliau.

Dalam kejadian jam 11 malam 25 Januari lalu, tujuh anggota polis pelancong terbabit menahan lelaki berusia 29 tahun dan melakukan pemeriksaan dalam telefon bimbitnya.

 Mereka kemudian menemui video lucah dalam telefon bimbit lelaki yang bekerja sebagai pengurus hotel itu sebelum meminta dia memberikan wang jika tidak mahu ditahan.

 Mangsa yang bimbang dicekup kemudian membayar RM2,000 dan dia membuat laporan polis selepas itu kerana tidak berpuas hati dengan tindakan anggota polis pelancong terbabit.

-Harian Metro-

No comments:

Post a Comment