Saturday, 9 February 2019

Polis turun kain rentang hina kerajaan



GEORGETOWN - Empat buah kain rentang dikesan telah digantung sekitar bandar ini dipercayai oleh mereka yang tidak berpuas hati dengan kepimpinan kerajaan baharu.

Lokasi yang dikesan adalah Lebuh Pantai, Pengkalan Weld, Lebuh Chulia dan Kampung Kolam.

Kain rentang berwarna putih dan dipercayai ditulis menggunakan cat berwarna merah itu antaranya menyoal kerajaan tentang janji yang dibuat sebelum PRU14 lalu.

Selain itu, ada juga kain rentang itu ditulis dengan bahasa kesat serta mempersoalkan beberapa isu antaranya harga petrol, Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dan harga barang.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Che Zaimani Che Awang berkata, sehingga kini tiada laporan polis diterima dari orang awam.



Menurutnya, polis sedang menyiasat pihak bertanggungjawab yang memasang kain rentang berkenaan.

"Laporan awam belum ada. Tetapi pihak polis sedang menurunkannya (kain rentang) kerana tiada kebenaran dari pihak Majlis Bandaraya Pulau Pinang.

"Selain itu, dengan tulisan yang tertera pada kain rentang itu, ia didapati sengaja dibuat dan berniat jahat seperti untuk menghina," katanya ketika dihubungi tadi.

Sinar Harian 

No comments:

Post a Comment