Noorzainy menunjukkan seragam sukarelawan polis yang dirampas. Foto : Mikhail Ong NSTP |
Namun perbuatan itu terbongkar apabila lelaki terbabit ditahan polis ketika dia dalam perjalanan mahu mengambil wang daripada mangsa di Bertam Lakes Homes, Kepala Batas, awal pagi, Sabtu lalu.
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Noorzainy Noor berkata, suspek yang berusia 33 tahun itu pada mulanya menahan seorang lelaki warga asing yang ketika itu sedang menunggang motosikal di simpang lampu isyarat Persiaran Perindustrian Bertam Perdana jam 8.30 malam, Jumaat lalu.
Menurutnya, suspek yang memakai pakaian seragam polis itu menahan mangsa dan memperkenalkan diri sebagai polis. “Suspek kemudian meminta wang berjumlah RM1,000 sebagai balasan untuk melepaskan lelaki warga asing terbabit yang tidak mempunyai lesen.
“Warga asing itu kemudian memberitahu yang dia tidak mempunyai wang sebelum dibawa suspek ke sebuah rumah kongsi di Jalan Tiga, Kepala Batas untuk meminjam wang daripada rakannya,” katanya.
Noorzainy berkata, rakan mangsa tidak mempunyai wang sebelum dia dibawa suspek ke beberapa lokasi yang tidak diketahui. “Suspek bagaimanapun ditemui polis yang ketika itu sedang melakukan rondaan dan pemeriksaan mendapati suspek menyamar sebagai anggota polis.
“Siasatan mendapati suspek adalah bekas sukarelawan polis di Barat Daya dan dia diberhentikan sejak dua tahun lalu,” katanya.
Menurutnya, suspek juga memiliki dua rekod jenayah lampau berkaitan kes dadah dan pernah melakukan lima kes pemerasan di daerah ini.
“Suspek kini direman selama empat hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 384 Kanun Keseksaan dan Seksyen 170 kanun yang sama,” katanya.
Kredit : Harian Metro
No comments:
Post a Comment