Sunday, 10 February 2019

Pemandu Vios Didakwa Esok



BUKIT MERTAJAM, 10 Feb : Pemandu kereta Toyota Vios yang terlibat dalam kemalangan di Km4.0 Jambatan Pulau Pinang awal pagi 20 Jan lepas yang turut menyaksikan sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) Mazda CX-5 terhumban ke laut dan mengorbankan pemandunya akan didakwa esok.


Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah ACP Nik Ros Azhan Nik Abdul Hamid berkata pemuda berusia 21 tahun tersebut akan dituduh di Mahkamah Majistret Bukit Mertajam menurut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

 “Pihak polis telah mendapat arahan daripada Pejabat Timbalan Pendakwa Raya untuk mendakwa lelaki yang bekerja sebagai pendandan rambut di salon milik ibunya itu esok,” katanya di sini hari ini.

 Seksyen tersebut memperuntukkan hukuman penjara sehingga 10 tahun dan denda sehingga RM20,000 jika sabit kesalahan.

 Dalam kejadian 2.54 pagi Ahad itu, Moey Yun Peng, 20 yang memandu SUV tersebut maut selepas kenderaannya terhumban ke laut akibat terbabit kemalangan dengan Toyota Vios berkenaan. SUV dan mayat pelajar kolej swasta tersebut hanya dapat dikeluarkan dari dasar laut pada petang Selasa.

Sumber : Front Desk

No comments:

Post a Comment