Tuesday, 12 February 2019
Kisah Terjadinya Pulau Kazambo, Jambatan Pulau Pinang.. (10 gambar)
Agak mustahil dan pelik sikit kalau orang Penang tapi tak kenal dengan Pulau Kazambo ni. Kalau dari pulau nak menuju ke seberang menggunakan jambatan Pulau Pinang, anda akan perasan sebuah pulau kecil yang terletak di bahagian kiri jambatan.
Untuk maklumat yang belum mengetahui akan pulau ini, pulau ini terbina semasa Jambatan Pulau Pinang dibina, sekitar 1982-1985. Maknanya sebelum ini dia tak wujud pun. Sumber yang pertama menyatakan Pulau ini terjadi oleh kerana perubahan arus ombak dan menurut sumber yang lain Pulau ini sebenarnya ditambak hasil lebihan tanah dari projek jambatan ini. Ada 2 sumber disini. Difahamkan pada mulanya Pulau ini hanya timbunan pasir kemudiannya tumbuh pokok kelapa dan pokok rhu. Kemungkinan ditanam oleh kontraktor Jambatan.
Jadi Tan Sri P.Ramlee bukan buat lagu 'Ayo Kezambo' sebab pulau ni tau. 😂😂. Pulau ini juga dijadikan tempat untuk berehat warga kerja kontraktor. Pada masa ini Pulau Kazambo luasnya hampir sama padang bola. Sudah hampir 35 tahun wujudnya Pulau Kazambo ini.
Pulau Kazambo bukan pulau terbiar. Tapi menjadi salah satu aktiviti pelancongan dimana ada pihak yang mengambil inisiatif untuk membuat program berkayak dan aktiviti perkhemahan di Pulau Kazambo. In sha Allah nanti kita cuba pengalaman ni.
Tapi sekarang tak pasti sama ada aktiviti ini masih diteruskan atau tidak. Kami tak tahu nak berhubung dengan siapa. Kalau ada yang kenal mana-mana pihak yang buat program Kayak & Camping Pulau Kazambo boleh tag dikomen ya.
Pulau Kazambo, pulau untuk keluar berehat dari kesesakan kota? ðŸ¤
Kredit : Discovery Penang
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment