Friday, 8 February 2019

Kisah persahabatan Chow Yun Fat & Ng Man Tat



Ada dua mamat ni, sorang nama Chow Yun Fat, sorang lagi nama Ng Man Tat. Dorang ni dari awal masuk bidang berlakon dah jadi kawan baik, bukan baik je, kira sangat baiklah..kerja sekali, makan sama-sama, huha sana sini sama-sama. Kiranya kat mana saja Chow Yun Fat, kat situlah ada Ng Man Tat. Ng Man Tat ni pada awal karier sebagai seorang pelakon dah pegang banyak watak pembantu yang membuatkan namanya jadi sebaris dengan pelakon-pelakon ternama. Dalam umur baru 20an, Ng Man Tat dah jadi terkenal di Hong Kong dan Taiwan.


Bila dah jadi sangat terkenal, wang dan kemasyhuran datang dengan begitu mudah. Bila dia leka dibuai mimpi dunia, dia terjatuh kedalam perangkap wanita-wanita, arak dan perjudian. Dia jadi lalai dan akhirnya kelalaiannya itu merosakkan perjalanan kariernya sebagai seorang pelakon. Jadi, tak ada lagi syarikat-syarikat nak ambil dia berlakon dan dia tersungkur dengan hutang HK$300,000  ketika itu. 

Ketika Ng Man Tat alami kejatuhan, berbeza pula dengan kawan karibnya Chow Yun Fat. Chow Yun Fat menonjol dengan menjadi pelakon utama dalam drama zaman Hong Kong. Ng Man Tat yang kebuntuan mencari jalan keluar dari masalahnya merasakan dah tentu kawan baiknya akan memberi pinjaman wang kerana dia pasti Chow Yun Fat akan membantu dia dan tidak akan sesekali biarkan dia dalam kesusahan.

Ng Man Tat pergi kat Chow Yun Fat dan minta untuk nak pinjam HK$300,000. Tetapi sekalipun Ng Man Tat tak sangka yang Chow Yun Fat akan cakap: “Kau selesaikan masalah kau tu sendiri.”
Dengan rasa kesal, dia ingat apa yang Chow Yun Fat kata pada dia. “Chow Yun Fat adalah manusia yang paling aku benci dalam hidup aku” pernah dia kata macam ni pada media kerana punyalah bengang kat Chow Yun Fat sebab sanggup biarkan dia dalam kesusahan. time tu punyalah susah dan terhimpitnya dalam situasi tertekan, sampai si Ng Man Tat ketika itu hampir nak bunuh diri.

Tak lama selepas itu, Ng Man Tat ditawarkan peranan untuk filem baru. Dia rasa itu adalah satu peluang untuk dia dan dia berikan yang terbaik untuk filem baru itu. Dan filem itu mendapat sambutan dan pecah panggung. Oleh itu, dia bukan saja dapat melangsaikan hutangnya, dia juga menerima anugerah watak pembantu terbaik di anugerah filem Hong Kong ke-10.

Chow Yun Fat ada ketika dia menerima anugerah itu dan mengucapkan tahniah, tapi si  Ng Man Tat tidak pedulikan si Chow Yun Fat langsung. Chow Yun Fat hanya diam je sambil senyum pada Ng Man Tat.
Ketika diatas pentas, Ng Man Tat ucap terima kasih pada pengarah filem yang bagi peluang kepadanya, tetapi pengarah berkata : “ saya bukanlah orang yang patut kamu berterima kasih kerana orang yang patut kamu berterima kasih adalah Chow Yun Fat. Chow Yun Fat lah yang selama ini berusaha kuat rekemen kamu kepada kami untuk mengambil kamu untuk berlakon.”

Ng Man Tat seperti tersedar. Dia fikir dia lah yang berjaya ubah hidupnya tanpa ada bantuan orang lain. Dan hanya sekarang baru dia tahu niat kawan baiknya itu. Lantas dia pergi kat Chow Yun Fat, peluk kawannya itu seerat-eratnya.

“Kenapa?” tanya Ng Man Tat kepada Chow Yun Fat.
“Kalau waktu tu aku bagi kau duit, kau tak akan berusaha untuk berubah, kau masih akan habiskan duit itu untuk berjudi dan arak. Jadi, cara ini saja aku dapat bantu kau. Yang penting, kau dah buktikan yang kau dah usaha dengan sebaik mungkin.”

Moral of the story:
Nak tolong kawan bukan dengan hanya hulurkan duit semata-mata, tetapi dengan memberikannya cara atau jalan untuk dia keluar dari masalah itu.

"Ajar dia memancing adalah lebih baik dari berikannya ikan"

Eiza Edanie

No comments:

Post a Comment