Sunday, 10 February 2019

Ahli politik Belanda minta masjid dilindungi

THE HAGUE - BELANDA. Ahli politik beragama Islam di Belanda menggesa masjid dan pusat Islam di negara itu dilindungi daripada kumpulan berhaluan kiri dan penyokong Parti Pekerja Kurdishtan (PKK).
Tunahan Kuzu berkata ia sebahagian daripada langkah membendung peningkatan kes Islamofobia.

Kuzu berkata, terdapat kira-kira 300 kes serangan ke atas masjid sejak 10 tahun lalu.
Katanya lagi, melindungi masjd di Amsterdam adalah sebagai permulaan dan berharap lebih banyak bandar mengambil langkah sama.

Minggu lalu, Datuk Bandar Amsterdam, Femke Halsema berkata pihaknya akan melindungi masjid dan pusat Islam ekoran peningkatan kes ancaman Islamofobia. - Agensi

No comments:

Post a Comment