Wednesday, 23 January 2019

“Bukankah Kita Bersetuju Untuk Berjumpa Minum Petang Sempena Tahun Baru?”-Warkah Sayu Ini Dari Sahabat Karib Moey Buat Netizen Sebak

PETALING JAYA: Seorang rakan kepada Moey Yun Peng, pemandu kenderaan SUV yang terhumban ke laut selepas terlibat dalam kemalangan di Jambatan Pulau Pinang menghadiahkan puisi khas untuk mendiang.
Sahabat kepada Moey Yun Peng, mangsa yang terhumban ke dalam laut di Jambatan Pulau Pinang selepas terlibat dalam kem4langan ng3ri, mengutus sebuah madah berkongsi kesedihan di atas pemergian sahabatnya itu.
Ah Yeoh atau Rui You menulis mesej berupa puisi di ruangan Facebook miliknya dengan mempersoalkan takdirnya yang terlalu pendek dan mendoakan kebahagiaan rakannya di dunia lain.
Surat Rui You yang ditulis dalam bahasa Mandarin turut mendapat perkongsian dari orang ramai yang ternyata pilu denan pemergian remaja yangbaru berusia 19 tahun itu.
Menurut laporan, Moey dan Rui Yong adalah sahabat baik di sekolah.
Pengguna Facebook Ah Yeoh memuatnaik puisi yang ditulis dalam bahasa Mandarin di laman media sosial itu sebagai penghormatan kepada Moey.
Difahamkan Yeoh dan Moey merupakan rakan sekelas semasa menuntut di Sekolah Tinggi Han Chiang.
“Bersemadilah dengan tenang rakan sekelasku Moey,” demikian tulisnya di awal puisi tersebut.
“Hanya 19 tahun, satu malam, seorang individu yang bersemangat hilang… seorang individu yang begitu baik, ceria dan suka membantu,” tulisnya.
Yeoh turut berterima kasih kepada Moey di atas kegembiraan yang dibawa kepada orang di sekelilingnya.
“Suka berjenaka dan berpenampilan lurus anda akan kekal dalam ingatan saya. Semoga anda bergembira di akhirat,” katanya.
Kenderaan SUV itu berjaya dinaikkan petang Selasa. – fotoBERNAMA
Yeoh turut memuatnaik sekeping gambar bersama Moey dengan kenyataan yang turut menggesa agar keadilan diberikan terhadap mendiang.
Puisi itu berakhir dengan tiga hastag termasuk “Hargai orang disekeliling anda”, “Pandu selamat pada waktu malam” dan “Elak keluar pada waktu malam”.
A very touching poem by Ah Yeoh AKA Ri You, a dear friend of Moey Yun Peng ☹️☹️
[1999-2019]
“Rest well, Moey. 
Yun Peng ah, Yun Peng…Didn’t we agree to meet up for tea over the new year?
Why….you….
We know you tried your best….
You tried your best to open the car door….
But you were no match for the water pressure….
It wasn’t your fault; you’re not wrong.
It is the fault of the driver who drove while under the influence of mariju4na!
The law will definitely seek justice for you!
19 years is such a short time; you di3d in your prime.
One night was all it took for a life to disappear…
You were kind-hearted, cheerful and helpful….
My heart aches….
Thank you for the laughter you brought into our lives.
The way you look when you laugh guilelessly will be forever seared in my mind.
I wish you good health and happiness in the next world.”
#TreasureThePeopleInFrontofYou #DriveSafely #TryNotToStayOutLate

Versi Bahasa Malaysia

“Berehatlah wahai, Moey
Yun Peng ah, Yun Peng… Bukankah kita bersetuju untuk berjumpa minum petang sempena tahun baru?
Kenapa kamu…
Kami tahu kamu cuba yang terbaik…
Kamu cuba sedaya upaya untuk membuka pintu kereta…
Tetapi kamu tidak cukup kuat melawan tekanan air…
Ia bukan salah kamu, kamu tidak bersalah.
Ia kesalahan pemandu yang memandu ketika di bawah pengaruh mariju4na!
Undang-undang pasti akan mencari keadilan untukmu!
19 tahun sangat singkat; kamu pergi pada usiamu yang masih muda.
Dalam satu malam, sekelip mata kami kehilangan mu…
Kamu sangat baik, ceria dan suka membantu…
Hati saya sangat sedih…
Terima kasih atas semua kenangan gelak tawa yang kamu bawa dalam kehidupan kami.
Wajah ceria kamu tidak akan kami lupakan dan ianya akan kekal berada dalam minda selamanya.
Saya berharap kamu tenang dan gembira dalam dunia seterusnya.”
Rui tamatkan penulisannya dengan hashtags
Puisi itu yang dimuatnaik di laman Facebooknya pada Isnin menerima 32,000 tanda suka dan dikongsi sebanyak 7,000 kali.
Pada Ahad, kenderaan SUV dipandu Moey di Jambatan Pulau Pinang hilang kawalan selepas dirempuh sebuah kereta sebelum terjuunam ke dalam laut kira-kira pukul 2.54 pagi Ahad.
Namun kenderaan itu berjaya dinaikkan petang Selasa dengan mayat Moey masih berada di dalamnya.
Difahamkan pemandu sebuah lagi kenderaan yang terlibat dalam insiden itu dipercayai pos1tif g4nja.
Sumber: mstar n FMT

No comments:

Post a Comment